PERHATIAN:
Merujuk kepada berita Caruman Bekas Guru Unified Teacher Service (UTS) belum dituntut yang telah diviralkan, maklumat sebenar adalah seperti berikut:
Jumlah terkini sehingga April 2025 adalah berjumlah RM 11.7 Juta Wang belum dituntut oleh bekas guru di bawah Skim Perkhidmatan Guru – Guru Dipersatukan (UTS).
Pencarum yang terlibat adalah Guru UTS yang berkhidmat dan telah mencarum dari tahun 1962 hingga tahun 1972 sahaja. Seramai 1,700 orang bekas pencarum masih belum membuat tuntutan. Guru-guru ini TIDAK MENERIMA PENCEN DARI KERAJAAN.
Pencarum gagal dikesan berikutan kekurangan maklumat peribadi.
Pencarum atau waris boleh membuat semakan secara online melalui website egumis.anm.gov.my atau boleh menghubungi Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) di talian 03-8890 2427
Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru (KWSG) adalah sebuah badan kerajaan / badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditubuhkan di Parlimen pada 16 Januari 2017 berlandaskan Undang – Undang Malaysia (Akta 763) Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014. Penubuhan YGTHO adalah bagi mengambil alih aset dan liabiliti KWSG. Objektif penubuhan YGTHO adalah untuk memberi sumbangan dan bantuan dalam meningkatkan pembangunan profesionalisme guru, menjaga kebajikan guru dan membantu pendidikan anak guru serta apa – apa pekara yang Yayasan fikirkan wajar atau suai manfaat atau perlu untuk pelaksanaan fungsinya.

International Conference on Education and Teacher Development (ICTED 2019)
- International Conference on Education and Teacher Development (ICTED 2019) adalah program kerjasama dengan Pendidikan Guru Malaysia

MINI KOLOKIUM (PAT) TS 25 DAERAH LAWAS PROGRAM KERJASAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LAWAS & YGTHO

Persidangan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-Xv 2019
Persidangan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-Xv 2019 adalah program kerjasama antara Bahagian Perancangan Dan

SUMBANGAN YGTHO KEPADA GURU-GURU SK PERMATANG KELEDANG YANG BERJAYA MEMBAWA MURID ORANG ASLI KE PERTANDINGAN ROBOTICS ANTARABANGSA MAKE X DI CHINA

Anugerah Penyelidikan Pendidikan YGTHO Peringkat Kebangsaan
Anugerah Penyelidikan Pendidikan YGTHO Peringkat Kebangsaan adalah anugerah khas daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn bagi













