Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru (KWSG) adalah sebuah badan kerajaan / badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditubuhkan di Parlimen pada 16 Januari 2017 berlandaskan Undang – Undang Malaysia (Akta 763) Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014. Penubuhan YGTHO adalah bagi mengambil alih aset dan liabiliti KWSG. Objektif penubuhan YGTHO adalah untuk memberi sumbangan dan bantuan dalam meningkatkan pembangunan profesionalisme guru, menjaga kebajikan guru dan membantu pendidikan anak guru serta apa – apa pekara yang Yayasan fikirkan wajar atau suai manfaat atau perlu untuk pelaksanaan fungsinya.

Memberi sumbangan dan bantuan dalam meningkatkan pembangunan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru.


YBhg. Datuk Yusran Shah Bin Mohd Yusof
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah

YBhg. Dato’ Sulaiman Bin Wak
Ahli Lembaga Pemegang Amanah

YBrs. Dr. Ahmad Rafee Bin Che Kassim
Ahli Lembaga Pemegang Amanah

YBhg. Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Bin Nik Hassan Thani
Ahli Lembaga Pemegang Amanah

YBrs. Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin
Ahli Lembaga Pemegang Amanah