Kemudian beliau meneruskan kerjaya sebagai Penasihat kepada Pengarah Eksekutif Ibu Pejabat Bank Dunia di Washington DC, USA pada tahun 2001 hingga 2003. Pada tahun 2003 hingga 2007 beliau bekerja di Kementerian Kewangan Malaysia sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Multiletaral) selama empat (4) tahun dan Ketua Seksyen (Multiletaral) selama satu (1) tahun. Setelah itu, beliau dilantik menjadi Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada tahun 2007 hingga 2010. Beliau juga pernah bekerja di Kementerian Sains, teknologi dan Inovasi sebagai Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan) pada tahun 2010 hingga 2016. Beliau telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun 2016 sehingga kini dan kini beliau merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, antara pingat dan anugerah yang diterima ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Kewangan, Ahli Mahkota Perlis (AMP), Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP), Johan Mangku Negara dan Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ). Beliau mula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGTHO pada 1 September 2020.