Sumbangan YGTHO Bagi Penyakit Kritikal Yang Dihidapi Oleh Guru-Guru di Daerah Kota Kinabalu Dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia Melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
by admin | Jul 18, 2022 | Gallery | 0 comments
by admin | Jul 18, 2022 | Gallery | 0 comments
Berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang (LLB) dengan kepujian dari Universiti Buckingham, Sarjana Undang-undang (LLM) dari Queen Mary College, Universiti London dan Doktor Falsafah (PhD) dalam Undang-undang dari Pusat Pengajian Oriental dan Afrika (SOAS), Universiti London, dan merupakan Barrister-at-Law bertauliah dari Lincoln’s Inn.
Selain itu, beliau juga memiliki Diploma Lepasan Ijazah dalam Undang-undang Syariah dan Amalan (dengan kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga adalah Felow di Financial Services Institute of Australasia (FINSIA) dan telah diterima sebagai Ahli Profesional Institut Kewangan Islam Profesional Bertauliah (CIIF). Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani kini merupakan Pengerusi dan Rakan Kongsi Kanan Zaid Ibrahim & Co, firma undang-undang yang terbesar di Malaysia dan ahli rangkaian ZICOlaw yang mempunyai pejabat di Bangkok, Brunei, Hanoi, Ho Chi Minh, Vientiane, Melbourne, Phnom Penh, Singapura dan Yangon serta pejabat bersekutu di Jakarta. Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGTHO bermula 29 November 2019 sehingga kini.
Dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 1 Oktober 1959. Memiliki Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya pada 1982 dan Diploma Pendidikan (Kepujan) dari universiti yang sama pada tahun berikutnya. Memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, Kuching, Sarawak pada tahun 1983 hingga 1984.
Pernah dilantik menjadi Pengarah di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan pada tahun 2008, Jabatan Pelajaran Selangor pada tahun 2010 dan sebagai Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia pada Julai 2013. Antara pingat dan anugerah yang diterima ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM, Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan Bintang Semangat Rimba Kelas II (Perak) daripada Persatuan Pengakap Malaysia. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) dan mula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGTHO pada 29 November 2019 sehingga kini.
Lawatan Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia ke Finland
Lawatan Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia ke Finland adalah kerjasama antara Kedutaan Malaysia di Finland. Lawatan kerja turut disertai oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia. Lawatan dilaksanakan pada 25 – 28 Mac 2019. Lawatan siri kerja telah melawat ke beberapa institusi dan agensi Pendidikan di Finland antaranya adalah Viiki Teacher Training Institute University of Tampere Teacher Training School, Espoo International School, University Helsinki dan Finland National Agency for Education. Antara objektif lawatan adalah untuk mempelajari amalan terbaik, merokai dan mendapatkan maklumat mengenai kurikulum guru dan sekolah di Finland serta proses pengambilan guru – guru terbaik di Finland ke dalam profesion keguruan.
Lawatan Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia ke Jepun
Lawatan Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia ke Jepun adalah kerjasama antara Persatuan Alumuni Dasar Pandang Ke Timur. Lawatan kerja turut disertai Institut Pendidikan Guru Malaysia. Lawatan dilaksanakan pada 8 – 17 November 2019. Lawatan siri kerja telah melawat ke 5 buah universiti iaitu Kyoto University of Education, Osaka Kyoiku University (of Education), Nara University Of Education dan Tokushima University. Objektif lawatan adalah perkongsian proses pengurusan dan pentadbiran sekolah latihan guru di bawah universiti Jepun.
Simposium Kebangsaan Pengurusan Pendidikan 2019
Simposium Kebangsaan Pengurusan Pendidikan 2019 adalah program kerjasama antara Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia. Program telah dilaksanakan pada 24 – 26 September 2019 bertempat di Vistana Hotel Pulau Pinang. Seramai 300 peserta daripada pengetua sekolah di Malaysia. Objektif utama program adalah perkongsian idea dan pengalaman dari pada pembentang supaya dapat mencetus pelbagai inisiatif baharu bagi menyemarakkan kualiti kepimpinan pemimpin sekolah yang diharap dapat mereformasi pengurusan pendidikan di Malaysia.
Global Ambassador Program 2019
Global Ambassador Program 2019 adalah program kerjasama antara Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Terengganu Kementerian Pendidikan Malaysia. Program telah dilaksanakan pada 8 – 10 April 2019 bertempat di Dewan Bendahara IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu. Seramai 150 orang peserta daripada pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Unisza Terengganu dan UTM pensyarah dan guru upelatih IPG Kampus Sultan Mizan. Objektif utama program adalah memberi peluang kepada semua pensyarah terlibat untuk berkongsi kepakaran alam pelbagai disiplin ilmu dalam bilik darjah bersam rakan sejawat.
Kolokuim Sains Tulen Peringkat Kebangsaan Tahun 2019
Kolokuim Sains Tulen Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 adalah anjuran bersama Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. Program telah dilaksanakan pada 26 – 27 April 2019 bertempat di Sekolah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bandar Permaisuri Cheras Kuala Lumpur. Seramai 60 orang guru matapelajaran Fizik, Kimia dan Biologi daripada sekolah agama dan sekolah agama bantuan kerajaan yang terlibat. Objektif utama program adalah untuk menambah ilmu pengetahuan kemahiran dan kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik, Kimia dan Biologi dengan keperluan dan pengisian PdPC abad ke 21.
Bengkel Kerja Interactive Critical Thinking Ensuring Quality Education
Bengkel Kerja Interactive Critical Thinking Ensuring Quality Education adalah program kerjasama antara Institut Pendidikan Guru Malaysia Kemeterian Pendidikan Malaysia di Zon Semenanjung pada 19 – 20 Jun 2019 bertempat di IPGM Cyberjaya, dan Zon Sabah dan Sarawak pada 3 – 4 September 2019 di IPG Kampus Gaya Sabah dan IPG Kampus Batu Melintang Sarawak. Bengkel disertai oleh pensyarah IPG Kampus di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Objektif bengkel adalah untuk memupuk dan mewujudkan pemikiran kreatif dan kritis kepada peserta – peserta sekali gus memacu segaka hasrat pembangunan negara.
Program Multaqa Institusi Pendidikan Agama Kali Ke – 3 /2019
Program Multaqa Institusi Pendidikan Agama Kali Ke – 3 /2019 adalah program anjuran bersama Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. Program telah dilaksanakan pada 24 – 26 Julai 2019 bertempat di Hotel Royale Chulan Seremban Negeri Sembilan. Seramai 333 peserta daripada pengetua, guru besar dan pegawai BPI yang terlibat. Objektif utama program adalah untuk memberi pengiktirafan ke atas sumbangan serta dedikasi warga pendidikan kepada aktiviti dan program dakwah dalam mempraktikkan dan membudayakan teras manusiawi.
Program Peningkatan Profesionalisme MPSM Petaling Utama program kerjasama antara MPSM Petaling Utama Kementerian Pendidikan Malaysia
Program Peningkatan Profesionalisme MPSM Petaling Utama program kerjasama antara MPSM Petaling Utama Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dilaksanakan pada 4 – 6 Julai 2019 bertempat di Royal Belum Rainforest Grik Perak. Seramai 28 orang Pengetua Daerah Petaling Utama dan 7 orang Pegawai Pejabat Pendidikan Petaling Utama. Tujuan Program adalah meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan baik dan berkesan seterusnya mampu menonjolkan kewibawaan diri dan organisasi.
Program Peningkatan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru #3a (Sedar, Peka, Tindak) dan Kursus Kejurulatihan Modul Kesedaran Kesejahteraan Meningkatkan Psikologi Guru #3a (Sedar, Peka, Tindak)
Program Peningkatan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru #3a (Sedar, Peka, Tindak) dan Kursus Kejurulatihan Modul Kesedaran Kesejahteraan Meningkatkan Psikologi Guru #3a (Sedar, Peka, Tindak) adalah program kerjasama antara Bahagian Psikologi Dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia. Program pelancaran dan kursus kejurulatihan bermula pada Julai 2019. Seramai 200 orang guru kaunselor dari Daerah, Negeri, JPN dan BPSK yang terlibat. Objektif utama adalah untuk mengenalpasti tahap kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental.
Anugerah Penyelidikan Pendidikan YGTHO Peringkat Kebangsaan
Anugerah Penyelidikan Pendidikan YGTHO Peringkat Kebangsaan adalah anugerah khas daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan kajian tindakan dalam kalangan warga pendidik khususnya di peringkat sekolah. Pemenang menerima wang tunai sebanyak RM2,000.00 dan tajaan RM5,000 untuk pembentangan hasil penyelidikan di peringkat antarabangsa. Daripada 48 kertas kajian yang diterima, sebanyak 14 kertas telah dipilih oleh Jawatankuasa Penilaian Kertas Persidangan untuk dibentangkan dalam persidangan sebagai pembentangan utama. Kertas penyelidikan yang terpilih merangkumi pelbagai bidang meliputi semua mata pelajaran, aspek kepimpinan, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), teknologi, dan lain- lain. Augerah Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan tersebut telah disampaikan kepada 14 pembentang kajian dalam persidangan.
Persidangan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-Xv 2019
Persidangan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-Xv 2019 adalah program kerjasama antara Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pendidikan Malaysia. Persidangan dijalankan pada 24 – 26 Julai 2020 di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Seramai 200 orang guru – guru seluruh Malaysia yang menyertai. Objektif utama persidangan adalah untuk menjadi platform untuk para guru membentangkan hasil penyelidikan dan amalan terbaik PdP serta membentangkan hasil kajian tindakan guru – guru.
International Conference on Education and Teacher Development (ICTED 2019)
International Conference on Education and Teacher Development (ICTED 2019) adalah program kerjasama dengan Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dijalankan pada 23 – 25 Julai 2020 di Hotel Casuarina Meru Perak. Tujuan program adalah untuk mengembangkan ilmu perkongsian kepakaran antarabangsa khususnya melalui penyelidikan dan inovasi. Aktiviti yang dijalankan adalah ucaptama, forum, sesi pembentangan selari dan pembentangan poster.
Beliau memiliki kelulusan MBA (Banking and Finance di University of Hull, UK pada tahun 1998, MSc (Geochemistry) di Bowling Green States University, USA pada tahun 1987 dan BSc (Geology) di Northern Illinois University, Illinois, USA pada tahun 1984.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Unit Perancang Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri pada tahun 1989 hingga 2001.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, antara pingat dan anugerah yang diterima ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Kewangan, Ahli Mahkota Perlis (AMP), Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP), Johan Mangku Negara dan Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ). Beliau mula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGTHO pada 1 September 2020.
Memiliki kelulusan Doktor Falsafah di Universiti Kewangan Islam Edinburgh, Scotland pada tahun 1995. Sarjana Muda dalam bidang Perundangan Islam Universiti Jordan pada tahun 1989. Beliau kini merupakan Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA) dan seorang Profesor di Pusat Pendidikan Antarabangsa dalam Kewangan Islam (INCEIF). Beliau juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Jawatankuasa Penasihat Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Majlis Penyeliaan Syariah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.
Sebelum menyertai ISRA, beliau berkhidmat sebagai Penolong Profesor di Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Islam dan Sains Manusia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dalam tempoh 2002 – 2004, beliau adalah Penolong Profesor Pelawat di University of Sharjah, Sharjah, Emiriah Arab Bersatu. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengajian Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF), UIAM. Beliau mula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGTHO mulai 11 Mac 2019 sehingga kini.