Yayasan Guru Tun Hussein Onn telah menganjurkan pelbagai acara tahunan sepanjang tahun 2019 antaranyaTeam Building dan Hari Keluarga YGTHO. Tujuan acara tahunan ini diadakan adalah bertujuan membentuk satu budaya kerja yang sihat antara Pihak Pengurusan Tertinggi dengan pekerja untuk mencapai produktiviti cemerlang. Selain itu, ia dapat memupuk semangat berpasukan serta memberi pendedahan kepada konsep tolong menolong antara satu sama lain. Disamping itu, ia sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada kakitangan YGTHO atas sumbangan dan kerja yang dilakukan selama ini. Team Building dan Hari Keluarga yang pertama telah diadakan di Langkawi. Manakala yang kedua, diadakan di Putrajaya.